Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menambah 12 bilik korporat dan dua lounge baharu siap di Stadium Sultan Ibrahim.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang juga penaung Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah berangkat ke Stadium Sultan Ibrahim pada 28 Julai 2025 bagi memeriksa dan memantau kerja-kerja naik taraf termasuk kemudahan fasiliti korporat baharu.
Sebanyak 12 bilik korporat baharu dan dua ruang hospitaliti premium baharu — ‘Red & Blue Lounge’ yang akan mula beroperasi sepenuhnya di Stadium Sultan Ibrahim apabila musim 2025-26 bermula pada 8 Ogos 2025 pada perlawanan Piala Sumbangsih.
Kemudahan fasiliti baharu ini merupakan sebahagian daripada projek kelab untuk menambah baik apa yang terdapat di Stadium Sultan Ibrahim serta dapat meningkatkan pendapatan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Setiap bilik korporat yang baharu itu mampu memuatkan kumpulan sehingga 20 tetamu manakala ‘lounge’ pula menawarkan pengalaman hospitaliti premium kepada penyokong, termasuk makanan dan minuman.- Sumber laman sesawang Johor Darul Ta’zim.
Skuad Johor yang baharu pulang dari pra-musim di Sepanyol itu dijangka mampu merangkul kejuaraan pertama musim ini iaitu pada aksi Piala Sumbangsih musim 2025-2026.
Piala Sumbangsih yang akan berlangsung pada 8 Ogos 2025 bertempat di Stadium Sultan Ibrahim dengan menentang skuad Selangor sekaligus menjadikan ia perlawanan pertama kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim ini bagi saingan Liga Super.