Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin memiliki satu peluang berharga untuk membuktikan kemampuan bersama Harimau Malaya.
Pemain berusia 23 tahun itu menjadi watak utama bersama Negeri Sembilan FC dalam kancah Liga Super 2025-26.
Kepulangan Luqman setelah hampir lima tahun berkelana di luar negara membuahkan hasil selepas beliau mempamerkan ketajaman di hadapan gawang buat skuad kendalian Nidzam Jamil.
Prestasi hebatnya terserlah ketika dua jaringannya membantu Negeri Sembilan mencatatkan kemenangan berdepan Timor Leste dengan keputusan 2-1.
Trajektori peningkatan prestasi bekas bintang muda KV Kortrijk ini mencuri tumpuan apabila ketua jurulatih, Peter Cklamovski memanggilnya untuk bersama pasukan kebangsaan pada kem latihan pusat, November ini.
Beliau dipanggil bagi menggantikan penyerang naturalisasi negara, Jordan Mintah yang difahamkan mengalami masalah kesihatan bersama Malaysia.
Luqman yang melengkapkan perpindahan ke KV Kortrijk pada 6 Ogos 2020 selepas menandatangani kontrak selama lima tahun sebelum pulang pada 30 Jun 2025.
Selepas 1789 hari di luar negara, kepulangan anak jati Kota Bharu, Kelantan ini membawa hasil apabila beliau kembali terpilih bersama pasukan kebangsaan.
Kali terakhir Luqman tampil bersama skuad kebangsaan adalah aksi menentang Singapura pada Mac 2022.
Impaknya sudah pasti ditagih oleh barisan kejurulatihan tatkala Harimau Malaya bakal berdepan Nepal pada Selasa, 18 November 2025 jam 9.00 malam.