3 Aksi Penentu Nasib Badrul Afzan Di Terengganu
MakanBola
TERENGGANU FC

Ketua jurulatih Terengganu, Badrul Afzan mempunyai 3 tugasan getir untuk menentukan nasib beliau di pasukan Penyu.

Hal ini disebabkan beberapa keputusan kurang positif untuk pasukan Terengganu dalam kempen Liga Super dan Piala Fa musim ini.

Perkara ini bertambah buruk apabila pasukan Penyu tumpas kepada Kuching City dalam aksi suku akhir pertama Piala FA musim ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dengan keputusan 1-4.

Menerusi satu hantaran di laman media sosial Terengganu, pasukan tersebut memberikan 3 aksi terakhir buat Badrul Afzan Razali untuk membuat perubahan dan memberikan keputusan lebih positif.

“Kedudukan semasa di peringkat MSL, Terengganu FC masih berada di landasan yang baik dengan kedudukan di tempat ke 3 teratas. Walaubagaimanapun, jika prestasi pasukan tidak konsisten, ia akan turut memberi kesan selepas ini.”

“Perlawanan Piala FA pusingan ke 2 dan dua perlawanan Liga Super menentang JDT FC pada 31 Oktober 2025 di SSMZA dan Negeri Sembilan FC 22 November 2025 di Paroi merupakan peluang barisan kejurulatihan memperbaiki prestasi sebelum sebarang tindakan drastik diambil,” kata Terengganu dalam satu hantaran di laman media sosial.

Terengganu bakal bertemu pasukan Kuching City dalam suku akhir kedua Piala FA musim ini pada 28 Oktober di Stadium Negeri Kuching.