Pemain pertahanan Terengganu, Ubaidullah Shamsul dilantik menjadi salah seorang kapten pasukan Malaysia B-23 untuk menghadapi cabaran Piala Mandiri Asean 2025 di Indonesia.
Pengendali Malaysia B-23, Nafuzi Zain melantik pertahanan kental Terengganu itu untuk menjadi ketua pasukan selepas melihat kemampuan dan potensi Ubaidullah bagi memimpin pasukan.
Manakala dua pemain lain yang turut menggalas peranan itu adalah tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Aysar Hadi serta pemain Selangor, Aliff Izwan setelah diumumkan dalam satu hantaran.
Skuad Malaysia B-23 telah diundi di kumpulan A bersama tuan rumah, Indonesia beserta Filipina dan Brunei dengan persiapan akhir sedang giat diatur menjelang aksi pertama petang ini.
Pasukan muda negara akan berdepan kekuatan dari pasukan Filipina terlebih dahulu sebelum bertemu Brunei. Indonesia dijadualkan menentang Malaysia pada perlawanan terakhir kumpulan di Stadium Gelora Bung Karno.
Walaupun rata-rata pemain Malaysia yang dibawa kali ini bakal melakukan penampilan pertama di kejohanan B-23 ASEAN ini seperti Abdul Rahman Daud, Aiman Yusuf dan ramai lagi.
Akan tetapi kebanyakan pemain tersebut merupakan produk kelahiran Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang sudah miliki keserasian setelah beraksi bersama sejak di peringkat usia muda lagi.
Tambahan pula dengan kehadiran 6 pemain yang mempunyai pengalaman pada edisi terdahulu seperti Fergus Tierney dan Aliff Izwan dijangka bakal memberi impak positif untuk skuad negara.