3 pemain B-23 Malaysia mengalami kecederaan selepas perlawanan pertama Piala Mandiri Asean 2025 di Indonesia.
Skuad B-23 Malaysia yang kini berada di Jakarta Indonesia untuk menghadapi saingan Piala Mandiri Asean 2025 telah mempunyai masalah apabila pemain-pemain yang dibawa mengalami kecederaan.
“Kem skuad kebangsaan telah menghadapi 3 atau 4 pemain ketika ini mengalami kecederaan yang lebih serius penyerang iaitu Aliff Izwan yang terpaksa diangkat menggunakan stretcher semalam keadaan yang begitu tidak baik termasuk Haqimi Azimi dan pertahanan kiri ” laporan Zulhelmi Zainal Azam, Astro Arena.
Skuad B-23 Malaysia memulakan kempen Piala Mandiri Asean dengan kekalahan menentang Filipina. Keputusan tersebut menyebabkan pasukan Malaysia memilih laluan yang sukar untuk ke peringkat seterusnya.
Ia tampak memberi cabaran kepada skuad negara apabila hanya juara kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir dan tempat kedua terbaik.
Ini menyebabkan pasukan Malaysia harus bermati-matian memenangi perlawanan menentang Brunei dan Indonesia bagi menyalakan peluang ke peringkat separuh akhir.
Skuad Malaysia B-23 sedang giat berlatih bagi meneruskan saingan menentang Brunei pada esok hari manakala bakal mengakhiri saingan di peringkat kumpulan pada Isnin minggu hadapan menentang Indonesia.