Nazmi Nasaruddin, Zairul Khalil Tan, dan Mohamad Muazi Zainal Abidin telah terpilih untuk mewakili Malaysia menjadi pengadil ke Piala Dunia B-20.
Piala Dunia B-20 yang akan berlangsung di Chile pada 27 September hingga 19 Oktober yang akan disertai oleh 24 pasukan dari 6 konfederasi.
Nazmi Nasaruddin yang mengetuai pengadil sebagai ketua pengadil manakala Zairul Khalil dan Mohamad Muazi sebagai pembantu pengadil.
Dia yang juga pernah menjadi pengadil beberapa perlawanan berprestij seperti Liga Juara-Juara Asia dan Liga 1 Indonesia sangat mempunyai pengalaman luas di pentas dunia.
Nazmi juga pernah mengadili perlawanan yang mempunyai nama-nama besar iaitu Neymar, Al Bulayhi dan Joao Cancelo. Dia dapat mengawal segala keputusan dengan baik dan tanpa sebarang provokasi walaupun pemain-pemain tersebut sudah beraksi di pentas Piala Dunia.
Selain itu, perlawanan hangat dari Liga 1 Indonesia di antara Persib Bandung dan Persija Jakarta yang di panggil Derbi Indonesia. Rata- rata penyokong dari Indonesia sangat berpuas hati dengan keputusan dan penilaian dari Nazmi Nasaruddin.
Ini menyebabkan dia dan beberapa pengadil dari Malaysia mendapat peluang untuk mewakili pengadil AFC sebagai pengadil di pentas tersebut.