3 Pilihan Harga Tiket Aksi Malaysia vs Laos
MakanBola
MALAYSIA NT

Tiket aksi kelayakan Piala Asia 2027 pada Oktober ini mempunyai 3 pilihan harga tiket bagi perlawanan Malaysia menentang pasukan kebangsaan Laos.

Menurut info tiket di laman media sosial Football Association Malaysia, perlawanan pada 14 Oktober ini bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Aksi ke 4 kelayakan Piala Asia ini adalah bagi memastikan skuad Malaysia meraih 3 mata penuh sekaligus menjarakkan kedudukan dengan tempat kedua kumpulan.

Sebelum itu, Harimau Malaya akam bertemu pasukan Laos terlebih dahulu di halaman lawan pada 9 Oktober ini di Stadium New Laos, Vientiane.

Selepas itu, Malaysia bakal meneruskan aksi kelayakan Piala Asia 2027 dengan menentang Nepal di tempat lawan pada 18 November sebelum menamatkan pusingan kelayakan pada 31 Mac 2026 dengan bertemu Vietnam.

Tiket bagi perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 di antara Malaysia dan Laos dijual dengan 3 pilihan berbeza iaitu RM70 premium, RM60 grandstand, dan terbuka mempunyai dua pilihan harga untuk kanak-kanak RM5 & dewasa RM40.

Harimau Malaya bakal menentang pasukan kebangsaan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2025 9 malam.