4 Jurulatih Liga Super ‘Rehat Awal’
MakanBola
Terengganu FC

Berita mengejutkan apabila seramai 4 orang jurulatih Liga Super telah kehilangan kerja serta-merta.

Saingan Liga Super musim 2025-2026 sudah makin hampir menamatkan pusingan pertama setelah 12 minggu bertarung dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) kekal gah di tangga teratas liga.

Manakala, pemburuan bagi kedudukan kedua tampak begitu rancak melibatkan 3 pasukan iaitu Kuching City, KL City dan Selangor dengan jurang mata yang tidak terlalu besar antara semua.

Beberapa kelab bagaimanapun telah mengambil keputusan untuk berpisah dengan pengendali masing-masing susulan prestasi pasukan yang kurang konsisten selepas 12 minggu liga.

E. Elavarasan menjadi jurulatih pertama yang direhatkan bagi musim ini selepas Kelantan The Real Warrior mengumumkan ketibaan Akmal Rizal selaku pengganti pada 16 Oktober lalu.

Tidak lama selepas itu, Selangor pula mengambil keputusan bagi merehatkan jurulatih kelahiran Jepun, Katsuhito Kinoshi dengan tugasan melatih pasukan disandang oleh Christophe Gamel.

Keputusan mengejut turut diambil oleh Sabah apabila telah bersetuju untuk melepaskan Jean-Paul De Marigny setelah tamat aksi final Piala FA lalu meskipun baru 4 bulan melatih pasukan.

Pengendali dari Australia itu menegaskan keputusan bagi meninggalkan pasukan Sabah dibuat atas faktor keluarga dan mengucapkan selamat tinggal dalam satu video yang menyentuh hati.

Terbaharu, giliran Badrul Afzan pula direhatkan oleh pihak pengurusan Terengganu pada 25 Disember dengan tugas membawa pasukan Sang Penyu diambil alih oleh Tengku Hazman.