Hasrat pengendali Malaysia B-23, Nafuzi Zain untuk mengecilkan saiz skuad menjelang saingan Piala Mandiri ASEAN B-23 terpaksa ditangguhkan seketika.
Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan empat pemain pasukan itu mengalami kecederaan.
Empat pemain tersebut ialah Haqimi Azim Rosli, Shafizan Arshad, Fakrul Haikal dan G. Pavithran.
Situasi ini menyebabkan skuad akhir hanya akan diketahui selepas aksi persahabatan menentang Negeri Sembilan FC pada 11 Julai ini.
“Dari segi situasi sekarang, kita masih ada 30 pemain. Kita kekurangan pemain kerana ada empat pemain mengalami sedikit kecederaan.
“Dan kita perlukan pemain dari segi operasi dan berlatih. Saya rasa pada malam ini, pemain bermain dan tidak mengalami kecederaan,” katanya selepas aksi menentang Melaka FC.
Aksi menentang Melaka menyaksikan skuad negara meraih kemenangan 4-1. Penyerang baharu Sabah FC, Fergus Tierney meledakkan dua gol dalam perlawanan tersebut.