5 Bintang Hebat Hangatkan Aksi Persib Bandung vs Selangor
MakanBola
PBFC/SFC

Aksi Persib Bandung vs Selangor bakal dihangatkan lagi dengan kehadiran 5 bintang tumpuan ini.

Perlawanan tumpuan AFC Champions League Two (ACL2) bagi minggu ke-3 bakal menyaksikan pertembungan epik antara Persib Bandung vs Selangor dalam aksi kumpulan G.

Selangor yang kini dibimbing oleh Christophe Gamel sudah tentunya turun dengan misi memburu 3 mata yang pertama bagi saingan ACL2 ini selepas tewas dalam dua perlawanan terdahulu.

Manakala Persib Bandung di bawah kendalian Bojan Hodak pastinya tak mahu mensia-siakan peluang beraksi di laman sendiri bagi meraih kemenangan dan mengukuhkan tempat di kelompok atasan.

Di sebalik pertemuan hangat ini, terdapat 5 pemain handalan yang dijangka bakal menjadi tumpuan penyokong baik Persib Bandung mahupun Selangor.

1- Chrigor Moraes

Bisa Chrigor Moraes sekali lagi akan menjadi taruhan penting Selangor dalam usaha pasukan merobek pintu gawang lawan selepas tampil memukau menjaringkan 12 gol dan 6 bantuan jaringan dalam 13 penampilan musim ini.

2- Faisal Halim

Momentum cemerlang ketika ini dibawa oleh Faisal Halim ke kota Bandung selepas menjaringkan gol dalam 5 daripada 6 perlawanan terakhir termasuklah ketika menewaskan Negeri Sembilan minggu lalu.

3- Zach Clough

Bekas bintang Nottingham Forest, Zack Clough juga beraksi cemerlang sejak dikendalikan oleh Christophe Gamel dalam dua aksi lalu sehingga nama beliau menjadi pilihan utama di jentera tengah Selangor.

4- Ulliam

Persib Bandung pastinya mempertaruh kepercayaan kepada peledak utama, Uilliam Baros yang kini sudah pun mencetak 7 jaringan dalam 10 aksi untuk bergelar penjaring terbanyak pasukan.

5- Luciano Guaycochea

Jentera tengah Persib Bandung pula tidak sah tanpa magis daripada bekas ketua pasukan Perak, Luciano Guaycochea yang kini menjadi nadi utama dengan 708 minit penampilan dan satu gol yang sudah dijaringkan.

Aksi Persib Bandung vs Selangor dijadualkan berlangsung pada Khamis, 23 Oktober dengan sepak mula perlawanan jam 8.15 malam waktu Malaysia di Stadium Gelora Bandung Lautan Api.