Kehilangan dua tonggak Harimau Malaya, Dion Cools dan Facundo Garces berpotensi digantikan dengan 5 pemain ini.
Skuad Harimau Malaya kini berada di Johor menjelang aksi persahabatan kedua menentang Palestin pada Isnin setelah cemerlang menewaskan Singapura di Bukit Jalil Khamis lalu.
Walau bagaimanapun, pasukan kebangsaan kendalian Peter Cklamovski ini terpaksa melupakan khidmat duo pertahanan, Facundo Garces serta Dion Cools yang kembali ke pangkuan kelab.
Kehilangan dua pemain warisan negara ini bukanlah sesuatu yang menggusarkan tatkala terdapat beberapa pemain yang berada di dalam skuad mampu menggantikan posisi mereka.
1- Harith Haiqal
Pertahanan muda ini bukanlah nama asing bersama pasukan negara oleh kerana Harith Haiqal kerap kali mendapat tempat bagi menyarung jersi Malaysia baik di pelbagai peringkat usia.
2- Shahrul Saad
Kehadiran bek berpengalaman ini pastinya bakal menjadi satu pilihan yang baik buat Peter Cklamovski ketika mana Shahrul Saad mampu mengetuai barisan benteng negara nanti.
3- Dominic Tan
Pemilihan Dominic Tan untuk berada di dalam kesebelasan utama menentang Palestin ini juga wajar bagi dinilai tatkala pemain Sabah ini juga menjadi antara watak penting sebelum ini.
4- Quentin Cheng
Tonggak Selangor ini mengharungi musim cukup cemerlang dan momentum ini sepatutnya diteruskan bersama Malaysia untuk mengisi posisi bek kanan yang menjadi tempat Dion Cools.
5- Richard Chin
Nama Richard Chin menjadi bualan ramai selepas dipanggil oleh Peter Cklamovski dan kehadiran tonggak Raith Rovers ini bakal menjadi salah satu pilihan untuk bermain di posisi bek kanan.
Aksi Malaysia vs Palestin bakal berlangsung pada Isnin, 8 September di Stadium Sultan Ibrahim dengan sepak mula tepat jam 9 malam.