5 Pemain ‘Muncul’ Dalam Latihan Akhir JDT vs Melbourne City
MakanBola
Johor Southern Tigers

Lima pemain berada dalam sesi latihan terakhir Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang pertemuan menentang kelab Australia, Melbourne City.

Skuad kendalian Xisco Munoz bakal mengharungi aksi kelima kempen AFC Champions League Elite (ACLE) menentang lawan dari Australia.

Juara bertahan Liga Super itu kini cemerlang menduduki tangga kedua saingan selepas empat perlawanan hasil dua kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

JDT membawa barisan terbaik di tempat lawan dalam misi untuk merekodkan kemenangan ketiga ACLE musim ini.

Berdasarkan perkongsian oleh laman Johor Southern Tigers, JDT membawa barisan pemain utama seperti Bergson, Oscar Arribas, Eddy Israfilov, Jairo Da Silva, Nacho Mendez dan juga Antonio Glauder.

JDT bagaimanapun mempertaruhkan barisan pemain lain seperti pemain tengah berpengalaman, Natxo Insa selain turut membawa pemain seperti Manuel Hidalgo bersama pasukan.

Kepulangan bekas pemain AC Milan, Samu Castillejo dalam pasukan JDT memberikan pilihan tambahan tatkala kehilangan sentuhan pemain sayap, Arif Aiman Hanapi ekoran kecederaan.

Rekod lima aksi terakhir menyaksikan JDT menang kesemua sembilan perlawanan terakhir dalam semua kejohanan manakala Melbourne City bimbingan Aurelio Vidmar tewas 4-1 pada aksi terakhir bertemu Adelaide United.