Lima peledak handalan kini menempah nama selaku pemain paling bernilai di Liga Super 2025-26.
Kancah Liga Super Malaysia kini dibanjiri dengan kehadiran pemain berkelas antarabangsa terutamanya pada posisi serangan.
Kualiti yang dimiliki oleh pemain import memberi kesan positif dalam usaha mewujudkan persaingan sengit pada setiap posisi bersama pemain tempatan.
Menurut laman Transfermarkt, pemain kelima paling bernilai di Liga Super 2025-26 ialah tonggak paling prolifik Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva.
Pemain berusia 34 tahun itu memiliki nilai pasaran sekitar 375,000 Euro (RM1.8 Juta) dan hanya dipisahkan satu tangga dengan pemain pada kedudukan keempat, Ajdin Mujagic (Bosnia Herzegovina) dengan nilai RM2 Juta.
Tonggak berusia 27 tahun itu beraksi buat Sabah FC musim ini dan sudah pun merekodkan tujuh jaringan daripada 11 perlawanan dalam semua kejohanan.
Penyerang paling bernilai di tangga ketika menjadi milik penggempur berbisa Selangor FC, Chrigor Moraes dengan 800,000 Euro (RM3.9 Juta).
Peledak berusia 24 tahun Gergasi Merah Kuning itu terlibat dalam 15 jaringan Selangor musim ini dan terpisah satu tangga dengan penyerang JDT, Jairo Da Silva.
Tonggak baharu Harimau Selatan itu berada di tangga kedua dengan nilai pasaran 900,000 Euro (RM4.34 Juta) selain menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Xisco Munoz.
Penyerang paling bernilai kancah Liga Super musim ini ialah tonggak JDT, Joao Figueiredo dengan saham mencecah 2 Juta Euro (RM9.64 Juta).
Kehadiran lima pemain ini merancakkan lagi saingan di Malaysia terutamanya bagi menambah kualiti pasukan yang beraksi pada pentas tertinggi di Asia.