5 Rekod Pertemuan Malaysia vs Palestin Jadi Bualan Ramai
MakanBola
MALAYSIA NT

Palestin tampak menguasai penuh 5 rekod perlawanan menentang Malaysia bagi aksi persahabatan dan kelayakan Piala Dunia.

Kali terakhir Malaysia bertemu Palestin adalah pada tahun 2015 bagi aksi kelayakan Piala Dunia.

Bagi rekod kelayakan Piala Dunia 2002 di perlawanan pertama skuad Malaysia tunduk kepada Palestin dengan keputusan 0-1 pada 11/3/2001.

Selepas itu, pasukan Malaysia bertembung semula pada 25/3/2001 dengan menyaksikan Malaysia memenangi perlawanan dengan keputusan 3-4.

Berselang 12 tahun, Harimau Malaya kembali bertemu skuad Palestin di halaman sendiri pada 26/3/2013. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh pasukan Palestin dengan keputusan 0-2.

Pada tahun 2015, Malaysia menentang pasukan Palestin kembali bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dengan menyaksikan skuad Malaysia tunduk di perlawanan pertama dengan keputusan 0-6 pada 18/6/2015.

Perlawanan terakhir di antara Malaysia dan Palestin turut dimenangi oleh pasukan julukan Lions of Canaan tersebut dengan keputusan 6-0 pada 12/11/2015.

Malaysia bakal menghadapi semula cabaran pasukan Palestin pada 8 September ini di Stadium Sultan Ibrahim bagi aksi persahabatan.