7 Hari Paling Mencabar Buat KL City
MakanBola
KL CITY

7 hari paling mencabar bagi KL City dalam mempertahankan rekod terbaik Liga Super musim ini.

Ketika ini, KL City memiliki rekod terbaik dalam saingan Liga Super 2025-2026 selepas 9 aksi dengan mencatatkan 7 kemenangan dan 2 keputusan seri.

Namun, rekod tersebut bakal diuji dengan begitu hebat oleh tiga kelab iaitu pendahulu Liga Super, JDT, Negeri Sembilan dan Kuching City.

The City Boys bakal berdepan juara bertahan Liga Super, JDT terlebih dahulu di halaman sendiri bagi mendekatkan kedudukan liga dengan pasukan Harimau Selatan.

Setakat ini, hanya JDT & KL City masih belum tewas dalam Liga Super musim ini dan Harimau Selatan meraih 30 mata dalam 10 perlawanan manakala The City Boys mengutip 23 mata dalam 9 aksi.

Selepas itu, KL City akan berkunjung ke Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada 20 Disember untuk bertemu Negeri Sembilan bagi aksi ke-11 Liga Super musim ini.

Negeri Sembilan turut mempunyai rekod terbaik dalam saingan Liga Super selepas hanya 2 kalah dalam 9 perlawanan Liga Super 2025-2026.

Seterusnya, KL City bakal menerima kunjungan pasukan The Cats bagi aksi terakhir Liga Super tahun ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Sehingga ini, Kuching City hanya tumpas sekali dalam aksi liga ketika menentang pasukan JDT pada 24 Ogos lalu.

KL City bakal berdepan JDT dalam aksi minggu ke-11 Liga Super musim ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 17 Disember depan.