Aksi Final JDT & Terengganu Kekal Di SNBJ
MakanBola
Azri/MakanBola

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC kekal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pelbagai isu berkenaan keadaan padang di Bukit Jalil menjadi tumpuan para peminat bola sepak tanah air ketika ini.

Hal ini susulan perkembangan terbaru yang dikongsikan oleh DYAM TMJ berkenaan keadaan padang yang menerima respon pelbagai daripada netizen.

Keadaan ini juga sudah tentu menyukarkan banyak pihak tatkala kejohanan ini akan berlangsung kurang daripada 3 hari lagi.

Baca Lain: TMJ Kongsi Keadaan Padang SNBJ

Pelbagai spekulasi telah pun ditutup selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah mengumumkan bahawa venue Piala Malaysia 2023 kekal di Bukit Jalil.

Pengumuman ini juga akhirnya mengesahkan venue selepas ada ura-ura yang mengatakan bahawa SNBJ tidak sempat bersedia.

View this post on Instagram

A post shared by Malaysian Football League (@mfl_my)

Final Piala Malaysia 2023 antara JDT dan Terengganu akan berlangsung pada 8 Disember 2023 jam 9 malam.