Siaran Langsung Badminton Olimpik: Lee Zii Jia vs Anders Antonsen (Live Streaming)
MakanBola
Olympics Council of Malaysia

Suku akhir badminton Sukan Olimpik Paris bagi acara perseorangan lelaki bakal menemukan jaguh negara, Lee Zii Jia vs Anders Antonsen pada Jumaat.

Lee Zii Jia mara ke pusingan suku akhir buat kali pertama buat dirinya setelah menyingkirkan pemain tuan rumah, Toma Junior Popov dalam aksi dua set pada Khamis.

Dalam aksi di set pertama, Zii Jia tampil penuh bertenaga untuk mendominasi permainan dengan pukulan-pukulan yang memerangkap Popov untuk menang 21-13.

Popov yang diberi sorakan padu para penyokong di venue mula bangkit di set kedua untuk menyekat Zii Jia namun anak jati Kedah ini kekal fokus sebelum raih kemenangan 24-22.

Kemenangan penting Zii Jia ini membawanya mara ke suku akhir dan dijadualkan menentang rakan karibnya, Anders Antonsen dari Denmark yang mendapat bye di pusingan 16 terbaik.

Rekod pertemuan Lee Zii Jia vs Anders Antonsen

Dari segi rekod pertemuan, Antonsen jelas miliki kelebihan apabila mencatatkan 5 kemenangan berbanding jaguh negara yang hanya merekodkan 3 kemenangan sepanjang lapan aksi.

Walau bagaimanapun, pertemuan terakhir antara kedua-dua pemain di Malaysia Masters 2024 menyaksikan Zii Jia mengatasi pemain nombor 3 dunia ini dengan keputusan 21-15, 19-21, 21-11.

Info Siaran Langsung Lee Zii Jia vs Anders Antonsen

Tarikh: 2 Ogos 2024 (Jumaat).
Masa: 9.00 malam waktu tempatan.
Venue: Arena De Chapelle, Paris, Perancis.
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik.

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.