Aksi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini menyaksikan Liverpool menentang Crystal Palace yang berakhir dengan keputusan 1-0.
Skuad kendalian Arne Slot memburu kemenangan di tempat lawan untuk memastikan kekal di tangga teratas liga sementara Cyrstal Palace masih memburu kemenangan pertama dalam saingan EPL musim ini.
Peluang terbaik Liverpool hadir menerusi Diego Jota yang berjaya membuka jaringan pertama pasukan pada minit ke-9 permainan.
Separuh masa pertama dilihat pasukan pelawat, The Reds menguasai permainan dengan 73 peratus manakala Crystal Palace 27 peratus sahaja.
Separuh masa pertama tamat, Liverpool 1-0 Crystal Palace.
Separuh masa kedua menyaksikan tiada jaringan yang dapat dihasilkan oleh kedua buah pasukan. Liverpool kekal dahului jaringan hingga ke wisel penamat.
Liverpool ketika ini berada di tangga pertama Liga dengan 16 mata sementara di tangga ke-15 dengan 3 mata.
Selepas ini, Liverpool bakal berdepan Chelsea pada 20 Oktober dan Crystal Palace pada 22 Oktober menentang Nottingham Forest.