Live: JDT vs Perak, Kesebelasan Utama & Siaran TV Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Perlawanan tunggal Liga Super bagi minggu ke-22 pada Isnin menyaksikan pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) vs Perak di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

JDT turun ke laman sendiri dengan misi cukup besar bagj meraih kemenangan ke-19 musim ini untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut sejak 2014.

Dengan perbezaan 13 mata di puncak liga, JDT hanya perlu mencari satu lagi kemenangan dalam baki 5 aksi terakhir ini dengan Perak menjadi lawan seterusnya Harimau Selatan di SSI.

Perak yang dikendalikan oleh Yusri Che Lah ketika ini dilihat tidak berada di prestasi terbaik tatkala hanya merekodkan 1 kemenangan dalam 7 perlawanan lalu sebelum tiba di Johor.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah ketika aksi Liga Super yang diadakan di SSI pada November tahun lalu dengan JDT menang 5-0 hasil jaringan Bergson dan Romel Morales.

Kesebelasan Utama JDT vs Perak

Info Siaran Langsung JDT vs Perak

Tarikh: 24 Februari 2025 (Isnin)
Masa: 8.15 malam.
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.