Singapore Open: Sze Fei-Izzuddin Kandas Di Suku Akhir, Tewas Kepada Rankireddy-Shetty
UltraSukan
BA Malaysia

Beregu nombor satu dunia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani terkandas di suku akhir Singapore Open apabila tewas kepada wakil India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty.

Selepas menewaskan rakan senegara Arif Junaidi dan Yap Roy King di pusingan kedua, Sze Fei-Izzuddin mahu mengekalkan momentum cemerlang di peringkat suku akhir.

Aksi ini disifatkan aksi balas dendam buat Rankireddy-Shetty. Ini kerana mereka pernah tewas kepada Sze Fei-Izzuddin di pentas separuh akhir India Open 2025.

Beregu negara itu meraih kemenangan dua set ke atas beregu ke-27 dunia itu dengan keputusan 21-18, 21-14.

Set pertama menyaksikan Rankireddy-Shetty mendahului beregu negara pada kedudukan 11-9. Meskipun cuba dikejar Sze Fei-Izzuddin, beregu India itu tetap unggul sebelum menang dengan keputusan 21-17.

Set kedua menyaksikan pada awalnya, kedua-dua beregu terikat pada kedudukan 5-5. Rankireddy-Shetty kemudiannya mendahului pada kedudukan 11-7.

Kelebihan mata yang dimiliki bekas juara Asia 2023 itu terus dipertahankan sebelum menang dengan keputusan 21-15.

Rankireddy-Shetty bakal berdepan sama ada juara Malaysia Masters, Man Wei Chong-Tee Kai Wun atau bekas juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di peringkat separuh akhir.