Aksi Malaysia vs Indonesia Jadi Kenyataan
MakanBola
FA Malaysia

Pertembungan antara Malaysia vs Indonesia menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Undian Piala Mandiri B-23 ASEAN 2025 menyaksikan skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Nafuzi Zain bersama tiga lagi pasukan pada peringkat kumpulan. 

Skuad muda negara berada dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Indonesia, Filipina dan Brunei.

Kumpulan B pula menampilkan juara bertahan Vietnam, Kemboja dan Laos manakala Kumpulan C dibarisi Thailand, Myanmar dan Timor-Leste.

Rekod pertemuan lalu menyaksikan Malaysia B-23 pernah mengatasi Indonesia pada Kejuaraan B-23 AFF 2023 dengan keputusan 2-1.

Persiapan pada aksi Piala Mandiri B-23 ASEAN 2025 penting buat pasukan kebangsaan menjelang sepak mula Kelayakan Piala Asia B-23 2026 di Thailand, 1 hingga 9 September 2025.

Pada kejohanan tersebut, Harimau Malaya B-23 telah diundi bersama Thailand, Lubnan dan Mongolia dalam misi untuk menempah tiket ke pentas Asia sekali lagi.

Juara setiap kumpulan dan satu pasukan tempat kedua terbaik akan layak ke separuh akhir.

Kejohanan ini juga menjadi tugasan pertama buat Nafuzi Zain yang dilantik selaku ketua jurulatih baharu Malaysia B-23 pada Disember tahun lalu.