Kelab gergasi Eropah, Manchester United dipaksa berkerja keras sebelum berjaya menumpaskan pasukan Hong Kong pada Jumaat.
Selepas tewas tipis 0-1 di tangan ASEAN All-Stars di Kuala Lumpur pada Rabu, skuad Manchester United meneruskan perjalanan mereka dengan bertemu Hong Kong dalam aksi persahabatan.
Rosmus Hojlund, Bruno Fernandes dan Alejandro Garnacho diturunkan oleh Manchester United sementara kesebelasan utama Hong Kong diterajui pemain naturalisasi seperti Leon Jones dan Juninho.
Permulaan babak pertama yang tak diinginkan oleh pasukan Manchester United ini apabila gawang mereka dibolosi pada minit ke-19 menerusi penyerang Hong Kong, Juninho Junior.
Usaha anak didik Ruben Amorim untuk bangkit memburu gol selepas daripada itu tampak tidak membuahkan hasil apabila deretan peluang disia-siakan meski mendapat 15 percubaan.
Separuh masa pertama tamat, Hong Kong 1-0 Manchester United.
5 minit bersambung babak kedua, United akhirnya berhasil untuk menjaringkan gol pertama menerusi percubaan jarak dekat oleh Chido Obi untuk menyamakan kedudukan 1-1.
Usaha The Red Devils bagi menjaringkan gol kedua pasukan membuahkan hasil pada minit ke-82 tatkala Chido Obi sekali lagi menjadi penjaring buat United .
Bek muda United, Ayden Heaven melengkapkan malam yang gemilang buat pasukan dari England itu dengan jaringan ke-3 di penghujung aksi berpunca dari hantaran Amad Diallo.
Aksi di Stadium Hong Kong berakhir dengan keputusan 3-1 memihak Manchester United.