Tinggalkan JDT, 3 Destinasi Disebut Bakal Jadi Pilihan Jese Rodriguez
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jese Rodriguez ketika ini dikatakan mempunyai 3 pilihan untuk meneruskan perjalanan karier.

Nama Jese Rodriguez diumumkan sebagai salah seorang 11 pemain yang dilepaskan oleh JDT dalam usaha gergasi dari selatan tanah air itu merombak pasukan menjelang musim baharu.

Oleh itu, masa hadapan Jese telah menjadi perhatian ramai oleh kerana bekas tonggak Real Madrid dan PSG itu masih memiliki status serta pengalaman yang luas di pentas bola sepak.

Memetik laporan El Gol Digital, khabar angin Jese ke Las Palmas timbul sebelum ini kerana keterujaan penyokong untuk menyambutnya pulang namun pemain itu memiliki pilihan lain.

“Para penyokong Las Palmas sempat teruja dengan peluang Jesé Rodriguez kembali buat kali ketiga.”

Penyerang itu baru sahaja menamatkan kontraknya di Liga Super Malaysia menjadi subjek kepada khabar angin palsu yang menyatakan beliau akan sertai semula Las Palmas.”

Namun, setakat ini, bekas pemain Real Madrid itu masih meneliti beberapa tawaran. Harapan itu lenyap dengan pantas.”

Tambah laman berita itu, Jese ketika ini sedang melihat beberapa pilihan yang datangnya dari Amerika Syarikat, Qatar dan Arab Saudi untuk meneruskan perjalanan karier beliau.

“Jesé kini mempunyai beberapa pilihan, termasuk dari liga MLS, serta minat yang datang daripada kelab di Arab Saudi dan Qatar.”

“Penyerang berusia 32 tahun itu masih memiliki pengalaman dan rekod yang mencukupi untuk terus bersaing secara kompetitif.”

Untuk rekod, Jese Rodriguez mencatatkan 13 penampilan bersama JDT musim lalu dan telah mencetak 4 gol selain melakukan 2 bantuan jaringan dalam semua kejohanan.

Dengan ini, penyerang berusia 32 tahun ini telah membantu pasukan Harimau Selatan muncul juara Liga Super dan Piala Malaysia pada musim 2024-2025 yang lalu.