Live: JDT vs Cardiff City, Kesebelasan Utama & Siaran TV Pra-Musim Sepanyol
MakanBola
JST/CCFC

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan tugasan besar apabila bakal menentang jaguh Eropah, Cardiff City FC.

Skuad kendalian Xisco Munoz memulakan kempen pra-musim di Sepanyol dengan langkah kanan selepas membenam cabaran Real Murcia Imperial dengan keputusan 4-0.

Kemenangan itu diserikan dengan dua jaringan oleh Romel Morales termasuklah satu jaringan masing-masing daripada Jairo Da Silva dan juga Bergson.

Skuad Harimau Selatan akan menentang sebuah lagi pasukan dari Sepanyol, Costa City sebelum ujian sebenar iaitu anak buah Brian Barry-Murphy.

Ujian getir ini membantu JDT yang bakal beraksi dalam dua kejohanan utama musim ini iaitu AFC Champions League Elite (ACLE) dan juga ACC Shopee Cup.

Kesebelasan Utama JDT vs Cardiff City

Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.

Info Siaran Langsung JDT vs Cardiff City

Tarikh: 9 July 2025 (Rabu).
Masa: 18.00 (UK) 1.00 Pagi (Malaysia) -Jangkaan
Venue: San Pedro Del Pinatar Sports Centre
Siaran Langsung: Cardiff City TV

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.