5 Fakta Menarik Berlaku Pada Aksi Cardiff City vs JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

5 perkara penting berlaku ketika pertemuan antara Cardiff City menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad kendalian Xisco Munoz berterima kasih kepada jaringan lewat permainan oleh Oscar Arribas yang membantu JDT mengikat lawan dengan keputusan 2-2 di Pinatar Arena.

Terdapat beberapa perkara menarik berlaku pada perlawanan ketiga yang melibatkan skuad Harimau Selatan di Sepanyol.

Penyerang baharu JDT, Jairo Da Silva bermula dengan aksi cemerlang bersama jaguh Malaysia ini apabila meledak dua gol dalam tiga perlawanan.

Pemain berusia 33 tahun itu sudah pun merekodkan satu jaringan ketika menentang  Real Murcia Imperial pada minit ke-20.

Bukan itu sahaja, dua orang lagi penyerang handalan JDT iaitu Romel Morales dan Bergson unggul apabila masing-masing merekodkan dua jaringan daripada tiga perlawanan.

JDT yang juga juara bertahan kesemua piala domestik di Malaysia telah menurunkan 4 pemain warisan baharu Harimau Malaya iaitu Jon Irazabal, Hector Hevel, Joao Figueiredo dan juga Nacho Mendez dalam ketiga-tiga aksi tersebut.

Aksi menentang Cardiff City menyaksikan JDT bolos buat kali pertama pada aksi pra-musim kali ini setelah kebal dua perlawanan tanpa bolos.

View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Ujian berikutnya buat JDT adalah aksi menentang jaguh Sepanyol, Levante UD pada 12 Julai di Levante Sport Training Centre.