Jurulatih Cerezo Osaka Minta Beri Waktu Kepada Dion Cools
MakanBola
Cerezo Osaka

Pengendali Cerezo Osaka, Arthur Papas berharap penyokong dapat memberi ruang dan masa buat orang besi Harimau Malaya, Dion Cools.

Pandangan itu dibuat beliau apabila diminta menilai persembahan bek kanan berusia 29 tahun itu baru-baru ini.

Cools membuat penampilan pertama bersama Cerezo sebagai pemain gantian ketika aksi liga menentang Gamba Osaka.

Selain membantu tuan rumah melancarkan serangan, beliau juga hampir mendapat gol pada minit akhir permainan. Walau bagaimanapun, gol Cools dibatalkan kerana kesalahan ofsaid.

Meskipun ramai penyokong Cerezo teruja dengan apa yang dipamerkan beliau, Papas berharap penyokong memberi ruang dan masa kepada Cools menyesuaikan diri.

Beliau percaya jika itu berlaku, bekas pemain pertahanan Buriram United itu mampu menjadi aset berharga kepada Cerezo.

“‘Terdapat beberapa perkara di mana kita kena tingkatkan dari segi intensiti latihan tetapi mereka mempunyai tahap berbeza berbanding Thailand.

“Meskipun begitu, terdapat banyak ruang yang boleh dicapai di sini termasuk potensi keupayaan beliau. Ia akan mengambil sedikit masa tetapi beliau seorang pemain hebat kerana muncul dalam perlawanan setempat dan beraksi sebegitu rupa.

“Saya harap beliau dapat mengambil peluang yang ada apabila ia muncul,” katanya seperti yang dilaporkan Hochi News.

Cerezo kini mengalihkan fokus kepada aksi pusingan ketiga Emperor’s Cup menentang Tokushima Vortis. Aksi ini akan berlangsung pada 16 Julai ini.