Gabriel Palmero ke Unionistas CF Secara Pinjaman
MakanBola
CD Tenerife

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Gabriel Palmero menyertai Unionistas de Salamanca CF secara pinjaman selama semusim.

Perpindahan pinjaman itu disahkan pengurusan Unionistas menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi kelab berkenaan.

“Gabriel Felipe Arrocha dikenali dalam bola sepak sebagai Gabriel Palmero akan beraksi secara pinjaman di Unionistas de Salamanca pada musim 2025-26 selepas persetujuan dicapai antara Unionistas dan UD Las Palmas,” kata kelab dalam satu kenyataan.

“Beliau seorang pemain kiri yang memiliki kawalan bola yang baik dan mampu menggunakan kedua-dua kaki. Beliau juga seorang pemain yang laju dengan keupayaan kerap mara ke depan.

“Beliau boleh digunakan sebagai pemain pertahanan atau pemain sayap, beliau cukup tersusun dari segi pertahanan. Dan bila menyerang, beliau bijak membuat keputusan di bahagian akhir padang.”

Perpindahan ini menyaksikan Palmero berpeluang menentang bekas bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Alvaro Gonzalez.

Ini selepas bekas orang besi Sepanyol itu bersetuju menyertai kelab lamanya, CD Tenerife baru-baru ini.