Yusri Che Lah Dilaporkan Bakal Kemudi Imigresen
MakanBola
Perak FC

Bekas ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah bakal kembali di dalam kancah Liga Super musim 2025/2026.

Menurut wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi difahamkan bekas pengendali Perak FC itu bakal diberikan tanggungjawab kendalikan Imigresen FC bagi harungi saingan Liga M 2025/2026.

Untuk rekod bekas pengendali Perak FC berusia 49 tahun ini pernah membimbing dua kelab tempatan lain iaitu Kelantan dan Kuala Lumpur bagi saingan Liga di Malaysia.

Imigresen merupakan kelab terbaharu bagi saingan Liga Super musim 2025/2026 selepas mengakhiri saingan Liga Semi-Pro A1 MBSB BANK CHAMPIONSHIP 2024/2025 di tempat kedua.

Imigresen bakal menerima kunjungan Kuala Lumpur di tempat sendiri bagi aksi pembukaan Liga Super Musim 2025/2026 manakala bakal bertemu Kelantan United FC pada aksi kedua.

Imigresen turut diperkuatkan dengan Pengarah Teknikal yang namanya tidak asing lagi di dalam kancah Liga Super iaitu Dato’ Zainal Abidin Hassan.

Ini bagi memastikan skuad Imigresen tidak dipandang rendah oleh pasukan lain walaupun hanya sebagai saingan baharu Liga Super Musim 2025/2026.