Bekas bek tengah KL City FC, Adrijan Rudovic memilih berkelana ke Kosovo selepas tamat musim 2024/25.
Bek tengah berusia 29 tahun itu memilih menyertai pendatang baru Football Superleague of Kosovo, KF Prishtina e Re.
Perpindahan Rudovic diumumkan kelab itu di platform rasmi mereka. Semakan di Transfermarkt menyaksikan beliau sebahagian daripada 13 pemain baharu KF Prishtina e Re.
“KF Pristina e Re memperkuatkan unit pertahanan bersama Adrijan Rudovic, pemain pertahanan berusia 30 tahun dari Ulcinj.
“Adrijan menyertai kelab itu selepas pengalaman antarabangsa dalam Liga Super Malaysia bersama Kuala Lumpur, sebelum ini pernah menjadi sebahagian daripada beberapa kelab liga elit Malaysia,” kata kelab dalam satu kenyataan.
Pengumuman ini turut menamatkan khabar angin yang mengaitkan Rudovic dengan perpindahan ke Negeri Sembilan FC.
Bekas bek tengah Sutjeska Niksic itu merekodkan 30 penampilan dan satu gol bersama The City Boys pada musim 2024/25.