Perlawanan kedua Piala Mandiri B-23 ASEAN antara Brunei vs Malaysia akan berlangsung pada Jumaat.
Setelah hampa kalah di aksi pembukaan kepada Filipina pada Selasa lalu, pasukan Malaysia B-23 bimbingan Nafuzi Zain ini turun bagi perlawanan kedua peringkat kumpulan A bertemu Brunei.
Laluan cukup berliku buat skuad muda Malaysia yang wajib mencatatkan kemenangan dalam dua aksi terakhir ini untuk memastikan slot ke separuh akhir Piala Mandiri ASEAN B-23 ini.
Sungguhpun begitu, sokongan jitu masih diberikan oleh para peminat Harimau Muda dalam usaha untuk mengutip 3 mata apabila bertemu Brunei pada Jumaat di Stadium Gelora Bung Karno.
Brunei juga mengalami nasib yang sama seperti Malaysia B-23 setelah kecundang di aksi pertama lalu namun anak didik Aminuddin Jumat dibelasah 8-0 oleh tuan rumah, Indonesia.
Kesebelasan Utama Malaysia vs Brunei
Info Siaran Langsung Malaysia vs Brunei
Tarikh: 18 Julai 2025 (Jumaat).
Masa: 6 petang waktu Malaysia.
Venue: Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.