Meskipun kini mewakili Cerezo Osaka, nama Dion Cools terus menjadi sebutan di liga Thailand.
Terbaru, pengelola liga, Thai League memilih Cools sebagai sebahagian daripada kesebelasan pemain terbaik Thai League 1 musim 2024/25.
Kesebelasan Terbaik Thai League 1 musim 2024/25 merupakan antara anugerah yang diumumkan dalam Anugerah FA Thailand 24/25 yang diadakan di The Banquet Hall, Nathong, Bangkok.
Cools dipilih dalam kesebelasan terbaik susulan impaknya sebagai bek kanan Buriram United dalam musim tersebut.
Pemain pertahanan berusia 29 tahun itu bukan saja membantu Thunder Castle hanya dibolosi 20 kali pada musim 2024/25. Malah, Cools turut menyumbat dua gol dan mencipta lima bantuan gol dalam musim sama.
Orang besi Harimau Malaya itu bukan satu-satunya pemain Buriram yang tersenarai dalam kesebelasan terbaik Thai League 1.
Tiga lain pemain tersenarai iaitu kapten, Kenneth Dougall, Neil Etheridge, Lucas Crispim dan penjaring terbanyak pasukan itu, Guilherme Bissoli.
Selain tersenarai dalam kesebelasan terbaik Thai League 1, Bissoli turut memenangi anugerah Kasut Emas dan Pemain Import Terbaik Thai League 1.
Pengendali Buriram, Osmar Loss Vieira turut dipilih sebagai Jurulatih Terbaik Thai League 1. Ini susulan pencapaian beliau membimbing pasukan itu muncul juara liga.