Japan Open: Yew Sin-Ee Yi Terkandas, Tewas Kepada Won Ho-Seung-jae
UltraSukan
BA Malaysia

Rentak cemerlang Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi terhenti di pentas separuh akhir Japan Open 2025.

Langkah Yew Sin-Ee Yi disekat beregu nombor satu Korea Selatan, Kim Won-ho dan Seo Seung-jae di peringkat separuh akhir.

Selepas berjaya menewaskan beregu China, Liang Wei Keng dan Wang Chang di peringkat suku akhir, beregu ke-30 dunia itu dilihat memiliki potensi mara ke final.

Meskipun begitu, Won-ho-Seung-jae menjadi penghalang antara Yew Sin-Ee Yi dan pentas final. Ini ditambah dengan status mereka sebagai beregu nombor satu dunia bermula pada minggu hadapan.

Set pertama menyaksikan juara Malaysia Open itu dilihat selesa mendominasi beregu Malaysia itu. Ini terbukti apabila Won-ho-Seung-jae menang dengan keputusan 21-14.

Set kedua menyaksikan Yew Sin-Ee Yi pada awalnya mendahului pada kedudukan 15-12. Won-ho-Seung-jae kemudiannya mengejar sebelum menyamakan kedudukan 15-15.

Beregu Korea Selatan itu kembali mendahului sebelum meraih kemenangan 21-15. Yew Sin-Ee Yi menjadi beregu Malaysia kedua yang tewas di tangan Won-ho-Seung-jae selepas Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Mereka kini menunggu pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani atau wakil Chinese Taipei, Liu Kuang Heng-Yang Po Han.