Bangsa Bola Muncul Juara Liga X 7×7 All Stars 2025
MakanBola
Liga X

Liga X 7×7 All Stars 2025 yang berlangsung di Stadium Bolasepak Cheras Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat di kalangan peminat tanah air apabila dibarisi bintang terkemuka dunia dan Malaysia.

Terdapat 4 pasukan yang bertanding iaitu Zurich, Harimau, Wizards, dan Bangsa Bola. Setiap pasukan diketuai bintang dunia dan negara yang dikenali sebagai lagenda dan orang ternama yang dipanggil sebagai mastermind.

Pasukan Zurich yang diketuai Dimitar Berbatov dan mastermind Junior Cho dibarisi bintang Malaysia seperti Sean Gianelli, Shivan Pillay, Abdul Manaf Mamat dan beberapa lagi dan turut dilengkapi selebriti dan orang ternama seperti Aqil Farhan dan Syed Saddiq.

Sementara itu, pasukan Harimau diketuai oleh lagenda Malaysia iaitu Safee Sali Dan mastermind Tony Fernandes. Skuad ini juga dibarisi bekas pemain Liga Malaysia iaitu Khyril Muhymeen dan Norshahrul Idlan Talaha manakala selebriti dihiasi dengan Hakimi Noordin dan Fazziq Muqris.

Selain itu, Liga X turut dilengkapi dengan pasukan Wizards yang diketuai oleh lagenda Manchester United iaitu Ryan Giggs dan mastermind Khairy Jamaluddin. Pasukan ini dibintangi pemain seperti Kogileswaran Raj dan Indra Putra Mahyuddin.

Skuad ini turut dilengkapi dengan kerabat diraja Pahang iaitu Tengku Muhammad dan Tengku Fahad sementara selebriti yang sama di dalam skuad ini adalah Hairul Azreen dan Alif Satar.

Akhir sekali, Liga X ini dilengkapi dengan pasukan Bangsa Bola yang diketuai oleh John Terry dan mastermind Nazir Razak yang turut dibarisi bekas pemain kebangsaan Malaysia Razman Roslan dan Mahali Jasuli. Antara selebriti yang turut serta adalah Ammar De Maestro dan Achey Bocey.

Liga X yang menggunakan format setiap pasukan akan bertembung sekali dan tempat pertama dan kedua pada akhir pusingan peringkat kumpulan akan bertembung di final. Pasukan Bangsa Bola Dan Wizards mengakhiri pusingan di kedudukan kedua terbaik sekaligus melayakkan diri ke final.

Pada aksi final kedua-dua mempamerkan aksi yang menarik bagi merebut kejuaraan. Skuad yang diketuai oleh John Terry mendominasi perlawanan dengan baik sehingga pemain Malaysia, Sean Selvaraj dapat menjaringkan beberapa jaringan sehingga dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan dalam aksi final yang berlangsung pada waktu malam.

Masing-masing mempamerkan aksi yang cukup bertenaga dan menarik tetapi berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Bangsa Bola dengan keputusan 6-2 sekaligus mengangkat kejuaraan Liga X 7×7 All Stars 2025 pada edisi pertama dianjurkan.