Saksikan pertemuan epik antara Indonesia vs Malaysia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan A Piala Mandiri B-23 ASEAN 2025.
Aksi berdepan Indonesia ini bakal menjadi ujian hebat kepada pasukan muda Malaysia bagi menentukan perjalanan mereka di Piala Mandiri ASEAN B-23 sama ada ke separuh akhir atau tidak.
Tugas mencabar buat anak-anak buah Nafuzi Zain ini apabila bakal turun dengan misi mencari kemenangan selepas tewas kepada Filipina pada aksi pertama sebelum mengatasi Brunei pada Jumaat.
Manakala Indonesia pula merekodkan dua kemenangan ke atas Brunei 8-0 dan Filipina 1-0 bagi memimpin kedudukan kumpulan A ketika ini dengan mengutip 6 mata maksimum.
Satu lagi pertemuan di kumpulan A pula bakal menemukan Filipina yang akan turun menentang Brunei yang sudah pun tersingkir setelah dibelasah Indonesia dan Malaysia sebelum ini.
Kesebelasan Utama Indonesia vs Malaysia
Info Siaran Langsung Indonesia vs Malaysia
Tarikh: 21 Julai 2025 (Isnin).
Masa: 9 malam waktu Malaysia.
Venue: Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.