Skuad Negeri Sembilan bakal menentang pasukan Semen Padang bagi aksi pra-musim di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi Negeri Sembilan hari ini.
Negeri Sembilan yang dibintangi ramai muka baharu siap sedia bertembung dengan pasukan dari Indonesia tersebut pada aksi persahabatan atau dipanggil derbi Minang.
Derbi Minang atau dipanggil derbi Minangkabau yang merujuk kepada budaya yang kuat yang diamalkan oleh dua negara antara tanah Minangkabau yang berada di Negeri Sembilan, Malaysia dan Indonesia, Sumatera Barat.
Pada musim 2025/2026 skuad Negeri Sembilan telah membawa masuk rata-rata muka baharu bagi bangkit dari kedudukan di bawah liga pada musim lepas.
Muka baharu yang dimaksudkan adalah termasuk ketua jurulatih baharu iaitu Nidzam Jamil dan pemain muda berkualiti yang mempunyai 5 tahun pengalaman di luar negara iaitu Luqman Hakim.
Luqman Hakim yang baharu pulang dari kelab yang diwakili dari Belgium, KV Kortrijk, Norway, Nvardijk dan Jepun, Yokohama SCC bakal diberi tugasan mengemudi jentera tengah hadapan di Negeri Sembilan.
Negeri Sembilan turut membawa masuk pemain-pemain yang ternama antaranya ialah Jovan Motika, Haiqal Haqeemi, Zahril Azri dan membawa balik semula bekas pertahanan tengah kental mereka iaitu Khuzaimi Piee.
Skuad Negeri Sembilan bakal membuka tirai perlawanan Liga Super musim 2025/2026 dengan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim sebelum menerima kunjungan Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi Negeri Sembilan.