Skuad bola sepak wanita Malaysia B-16 bakal berdepan negara jiran, Indonesia dalam Kejohanan Wanita ASEAN B-16 2025.
Ini selepas ASEAN Football memuat naik cabutan undi kumpulan yang diterima negara ahli Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) untuk kejohanan tersebut.
Malaysia berada dalam Kumpulan A bersama Indonesia dan Timor Leste. Kumpulan B pula menyaksikan pertembungan Vietnam, Kemboja dan Myanmar.
Kumpulan C pula dilabel kumpulan maut. Ini kerana kumpulan tersebut terdiri daripada Australia, Thailand dan Singapura.
Kejohanan Wanita ASEAN B-16 dijangka berlangsung di Indonesia dari 20 hingga 29 Ogos ini.
Komposisi skuad dijangka terdiri daripada majoriti pemain Malayan Tigress B-15 yang menyertai Kejohanan Emerging Matildas 2025 baru-baru ini.
Kejohanan itu menyaksikan anak buah Leila Chua menamatkan kempen mereka di tangga kelapan keseluruhan daripada 14 pasukan yang bertanding.