Skuad B-23 Malaysia berjaya imbangi kekuatan skuad Indonesia di perlawanan akhir peringkat kumpulan namun terpaksa tersingkir awal bagi pertandingan ini.
Pasukan Malaysia yang diketuai jurulatih, Nafuzi Zain memulakan perlawanan dengan meletakkan Zulhilmi sebagai benteng terakhir di gawang Malaysia dan trio penyerang di bahagian depan iaitu Fergus Tierney, Aliff Izwan dan Haqimi Azim Rosli manakala Haykal Danish yang merupakan arkitek bahagian tengah yang terbaik bakal terus mengawal di bahagian tengah.
Bagi skuad Indonesia pula mereka telah meletakkan penyerang muda sensasi iaitu Jens Raven di bahagian serangan manakala Cahya Supriadi diberikan tanggungjawab untuk menjaga gawang Indonesia dari dibolosi oleh pihak Malaysia dan Kadek Arel sebagai kapten malam ini.
Indonesia yang memulakan perlawanan dengan serangan bertubi-tubi di gawang Malaysia tetapi Malaysia dapat bertahan dengan baik walaupun berdepan tekanan dari penyokong-penyokong Indonesia yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia.
Perlawanan ini yang dipanggil sebagai Derbi Serumpun dapat disaksikan kepanasannya kerana pada minit ke 5 pemain Malaysia, Ziad El Basheer terus dilayangkan kad kuning hasil terjahan kepada pemain Indonesia.
Kehangatan aksi ini amat ditunjukkan dengan serangan bertubi-tubi kedua-dua pasukan ke gawang masing-masing dengan percubaan yang berbahaya.
Namun begitu, separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan 0-0 apabila kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang menarik dan bertenaga bagi merebut slot ke pusingan seterusnya.
Separuh masa kedua dimulakan dengan pertukaran pemain Indonesia Alfharezzi Buffon yang digantikan dengan Achmad Maulana manakala Dominikus Dion dimasukkan bagi menggantikan Toni Firmansyah.Skuad Malaysia juga melakukan penggantian pemain dengan memasukkan Abdul Rahman Daud bagi menguatkan jentera serangan Malaysia.
Pada minit ke 75, Jens Raven digantikan dengan Hokky Caraka bagi memastikan skuad Indonesia dapat memecahkan jaringan.
Perlawanan pada separuh masa kedua sangat menakjubkan dengan aksi sering membalas serangan namun sehingga minit ke 80 masih tiada jaringan bagi kedua-dua pasukan.
Keputusan tamat dengan terikat 0-0 menyaksikan Indonesia layak ke peringkat seterusnya manakala Malaysia terpaksa akur tersingkir di peringkat kumpulan Piala Mandiri B-23 Asean 2025.