Bekas pemain Khon Kaen United, Diego Landis sah menyertai Terengganu bagi menghadapi saingan Liga Super musim 2025-2026.
Diego Landis merupakan pemain terbaharu skuad Penyu itu bagi mengisi posisi pertahanan skuad Terengganu untuk mengharungi kempen Liga pada musim akan datang dan disahkan oleh pihak pengurusan.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Terengganu memperkenalkan kehadiran Diego Landis selaku tonggak terbaharu skuad Pantai Timur itu bagi mengukuhkan bahagian pertahanan.
Pemain berusia 27 tahun tersebut memulakan karier di skuad muda Paranavai di Brazil. Diego Landis turut sempat bermain di beberapa kelab seperti Desp.Brasil sebelum berpindah ke negara Portugal bagi menyertai FC Porto B.
Selepas itu, Diego pulang ke Brazil semula bagi menyarung jersi Desp.Brasil kembali sebelum berpindah ke Mirassol-SP dan Villa Nova selama 2 tahun.
Diego meneruskan karier bolasepak ke negara Thailand bagi menyertai kelab Chiangrai United selama 2 musim sebelum berpindah ke Khon Kaen United.
Diego Landis mencatatkan 117 penampilan bersama kelab dan 3 gol jaringan. Selain itu, Diego turut mempunyai satu bantuan jaringan.