KL City Buru Penyerang JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

KL City FC kini dalam persiapan untuk mendapatkan sentuhan penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad kendalian Risto Vidakovic rancak mendapatkan khidmat beberapa pemain ternama Liga Super Malaysia termasuklah import baharu.

Kehadiran tonggak seperti Safawi Rasid, Syamer Kutty, Manuel Hidalgo dan Adam Nor Azlin memperlihatkan persiapan pasukan amat serius untuk mengharungi musim 2025-26.

The City Boys bagaimanapun dikhabarkan dalam usaha untuk mendapatkan muka baharu pada posisi serangan dengan penyerang JDT dilaporkan berada dalam radar.

Laporan daripada wartawan The Star, T. Avineshwaran mendakwa bahawa KL City FC dalam usaha untuk mendapatkan khidmat peledak berbisa, Nicolao Cardoso.

“Difahamkan KL City sedang memantau ketiga-tiga pemain ini. 

“Pemain yang dimaksudkan ialah tonggak tengah Sepanyol, Gorka Larrucea dan Madger Gomes serta penyerang Itali Nicolao Dumitru Cardoso,” ujarnya di laman X.

Pemain berusia 33 tahun itu pada awal musim 2024/25 dari kelab Thailand, Buriram United namun tidak berada dalam skuad Harimau Selatan sebelum dipinjamkan ke kelab Indonesia, PSS Sleman.

Berdasarkan kemas kini laman Transfermarkt, Nicolao kini pulang ke pangkuan JDT bagi musim baharu namun tidak berada dalam skuad ke pra-musim di Sepanyol.

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berhubung perpindahan pemain ini daripada pihak kelab atau pemain.