Penyerang Liverpool, Mohamed Salah kini pemain termahal untuk permainan Fantasy Premier League (FPL).
Ini selepas pengelola liga, Liga Perdana Inggeris (EPL) mengumumkan senarai pemain termahal untuk permainan tersebut.
Pemain yang mahu mendapatkan Salah perlu membayar £14.5 juta (RM82.7 juta). Salah mengatasi peledak berbisa Manchester City dari Norway, Erling Haaland.
Haaland bukan saja menyumbat 22 gol buat City dalam liga musim 2024/25. Malah, beliau turut memiliki nilai sebanyak £14 juta (RM80 juta) dalam FPL.
Alexander Isak, Florian Wirtz dan Rayan Ait-Nouri melengkapkan senarai lima pemain termahal FPL. Menariknya, nilai FPL Salah dan Haaland jauh meninggalkan trio berkenaan.
Isak, Wirtz dan Ait-Nouri masing-masing memiliki nilai £10.5 juta (RM60 juta), £8.5 juta (RM48.5 juta) dan £6 juta (RM34.2 juta).
Nilai kelima-lima pemain ini dijangka lebih mahal lebih-lebih lagi jika mereka menunjukkan prestasi hebat dalam EPL musim depan.