“Negara Lain Pun Buat Perkara Sama” – Rob Friend
MakanBola
FA Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend yakin dengan strategi yang digunakan oleh pasukan kebangsaan ketika ini.

Skuad negara dalam momentum terbaik selepas berjaya menundukkan jaguh Asia Tenggara, Vietnam dengan keputusan 4-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Pasukan kebangsaan diperkuat dengan kehadiran lima muka warisan baharu yang beraksi dalam saingan tertinggi sekali gus membantu kejayaan skuad negara di laman sendiri.

Rob melihat usaha untuk mendapatkan barisan pemain daripada liga luar negara telah pun dilakukan oleh negara-negara besra lain di dunia.

“Perancangan kita (Harimau Malaya) hasil cetusan DYAM Tunku Ismail. Baginda mahu melihat Malaysia bersaing pada peringkat global.

“Oleh itu, kita perlu memastikan segala perancangan dilakukan dengan betul. Ketika ini, topik yang hangat adalah berkenaan pemain warisan.

“Jika kita lihat, negara lain juga melakukan perkara yang sama (mendapatkan pemain warisan) yang beraksi dalam liga tertinggi di dunia.

Beliau bagaimanapun tidak mahu meminggirkan perkembangan liga tempatan setelah melihat potensi ia untuk berkembang dengan baik.

“Selepas itu, kita juga tidak boleh melupakan pembangunan bola sepak domestik iaitu liga kita. Tahapnya kini sedang berkembang dengan baik dan kita perlu teruskan,” katanya kepada Astro Arena.

Malaysia bakal mengharungi kem latihan pusat pada September dengan perancangan berbeza setelah menarik diri dari CAFA Nations Cup.