Tigre Jadi Pilihan Jalil Elias
MakanBola
Johor Southern Tigers

Tigre menjadi destinasi pilihan Jalil Elias selepas meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Wartawan sukan Argentina, Cesar Luis Merlo mendedahkan Elias menerima tawaran kontrak 18 bulan daripada kelab tersebut.

Berita ini sekaligus mengakhiri teka-teki tentang destinasi pemain tengah berusia 29 tahun itu selepas meninggalkan Harimau Selatan.

“Jalil Elias ialah pemain baharu Tigre. (Beliau) telah menandatangani kontrak 18 bulan, beliau tiba sebagai ejen bebas selepas kontraknya tidak disambung dengan Johor Darul Ta’zim di Malaysia,” katanya di X.

Sebelum ini, Elias dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Brazil, Fortaleza. Ini selepas jurulatih kelab itu, Juan Pablo Vojvoda dilaporkan mahu kembali bekerjasama dengan beliau.

Sekiranya semua urusan berjalan lancar, bekas jeneral tengah San Lorenzo itu berpeluang membantu Tigre kembali cemerlang dalam liga.

Selepas tewas kepada Velez Sarsfield dalam aksi pertama liga, Tigre bangkit meraih kemenangan 2-1 ke atas Argentinos Juniors baru-baru ini.

Pasukan yang dibimbing Diego Dabove itu berharap dapat meneruskan rentak kemenangan apabila menentang Union pada 26 Julai.