Liga Wanita Nasional telah menerima lebih 800 ribu peruntukan bagi aksi Liga tersebut pada musim ini.
Pada 24 Julai, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah melangsungkan Majlis Pelancaran Liga Wanita Nasional (LWN) 2025 dan telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Negara, YB Hannah Yeoh.
LWN 2025 yang dianjurkan bersama Sports Media Inc bakal disertai 8 pasukan yang bakal berentap bagi merebut gelaran musim ini.
Kelab-kelab yang menyertai LWN boleh mendaftarkan dua pemain import sebagaimana peraturan baharu yang diperkenalkan oleh FAM.
Pengenalan tersebut ialah inisiatif FAM untuk memastikan liga bola sepak wanita negara menjadi pentas kompetitif yang sama dengan usaha pembangunan bakat muda.
8 pasukan yang bakal bertanding ialah Kelana United, Sabah, Selangor, Red Eagles dan termasuk 4 pasukan baharu iaitu Young Tigress, KL Rangers, Kuala Lumpur dan MBSJ.
Pelancaran LWN turut membuktikan bahawa bola sepak wanita mempunyai potensi yang cerah sekiranya diberi peluang apabila peningkatan jumlah kelab yang menyertai liga pada musim ini.
“Inisiatif seperti ini penting dalam mewujudkan ekosistem yang inklusif, mampan dan kompetitif, bukan hanya untuk mencipta kejayaan di peringkat national, malah membuka jalan ke pentas antarabangsa,” kata YB Hannah Yeoh.
Selain itu, “Ia turut mencerminkan kesungguhan kita untuk membawa bola sepak wanita ke tahap yang lebih profesional dan berdaya saing di peringkat serantau dan global lebih-lebih lagi 8 pasukan bertanding ini sudah tentu mahu merebut slot ke Peringkat Kelayakan AFC Women’s Champions League, tahun hadapan,” kata Dato’ Suraya.
8 pasukan ini akan mengharungi 56 perlawanan pada musim ini. LWN 2025 telah bermula pada Sabtu, 12 Julai lalu di antara Red Eagles SC berjaya mengikat juara bertahan LWN 2024, Kelana United FC dengan keputusan 1-1.