India ‘Tak Layan’ Xavi Nak Jadi Jurulatih
MakanBola
FCB/FAM

Pasukan kebangsaan India tidak melayan permintaan lagenda Barcelona, Xavi Hernandez untuk menjadi jurulatih pasukan.

Prestasi The Blue Tigers menjadi tanda tanya susulan hanya merakamkan satu kemenangan dalam 16 aksi terakhir dalam semua kejohanan.

Laporan daripada The Times of India mendakwa terdapat beberapa calon terkemuka yang berminat untuk mengambil alih kerusi panas pasukan ke-133 dunia itu.

“Terdapat nama-nama seperti bekas jurulatih pasukan kebangsaan Stephen Constatine, bintang Liverpool Harry Kewel dan bekas pengurus Blackburn Rovers, Steve Kean.

“Selain itu, ada juga nama Khalid Jamil dari India dan jurulatih seperti Kibu Vicuna dan Eelco Schattorie yang terkenal di negara ini,” ujar laporan tersebut.

Pengarah pasukan kebangsaan India, Subrata Paul juga turut menyenaraikan nama Xavi Hernandez yang juga pernah berkelana di Asia bersama Al-Sadd di Qatar.

“Betul, namanya (Xavi) memang ada,” kata Paul.

“Permohonan telah dihantar melalui e-mel kepada AIFF.”

Menurut sumber, jawatankuasa teknikal tidak mempertimbangkan Xavi untuk dalam senarai pendek kerana kos kewangan yang tinggi. 

Sebagai pemain, pemain tengah Sepanyol itu menikmati kerjaya bersejarah, memenangi Piala Dunia FIFA pada 2010 dan dua kejuaraan Eropah.

Bersama Barcelona, beliau menjadi simbol gaya bola sepak berasaskan pemilikan dan memenangi 25 trofi, termasuk lapan gelaran La Liga dan empat Liga Juara-Juara.