Piala Mandiri B-23: Penalti Bawa Indonesia Ke Final, Hampakan Thailand
MakanBola
ASEAN UNITED FC

Indonesia berjaya menundukkan skuad Thailand bagi melayakkan diri ke pentas final Piala Mandiri Asean B-23 2025.

Indonesia yang beraksi di hadapan penyokong-penyokong sendiri menurunkan Jens Raven sebagai senjata di bahagian serangan dan Kadek Arel sebagai kapten pasukan malam ini.

Skuad Thailand pula menurunkan Sorawat Phosaman di benteng terakhir mereka manakala Yotsakon Burapha untuk mengetuai jentera hadapan.

Perlawanan dimulakan dengan aksi intensiti yang tinggi apabila kedua-dua pasukan sangat menginginkan tiket ke pentas final.

Kedua-dua negara bermain dengan sangat akresif dan keras bagi memastikan tiada gol dicipta di awal babak permainan yang panas ini.

Indonesia yang menguasai permainan gagal memecahkan jaringan gol kerana Thailand bermain dengan sangat berdisiplin walaupun berdepan tekanan di hadapan ribuan penyokong Indonesia.

Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan terikat 0-0. Ia bagi memastikan kedua-dua pasukan masih mempunyai peluang untuk layak ke pentas final.

Babak kedua dimulai dengan sangat pantas oleh kedua-dua negara bagi memecahkan kebuntuan jaringan untuk melayakkan diri ke final.

Thailand yang melancarkan serangan berbahaya pada minit ke 60′ akhirnya membuahkan hasil apabila Yotsakon Burapha berjaya menyudahkan hantaran di hadapan gawang Indonesia untuk mendahului perlawanan.

Indonesia yang terus menerus mengawal perlawanan masih gagal mencari jaringan sehingga ke minit 80 kerana Thailand bermain secara bertahan yang bagus.

Akhirnya, usaha skuad Garuda membuahkan hasil apabila pada minit ke 83′ Jens Raven, berjaya menjaringkan gol bagi menyalakan peluang skuad Indonesia ke final.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa kedua dan bakal mengheret perlawanan ke masa tambahan selama 30 minit.

Masa tambahan pertama dan kedua berlangsung dengan penuh aksi yang berbahaya oleh pasukan War Elephants dan skuad Garuda kerana mereka sangat menginginkan pentas final tersebut.

Perlawanan separuh akhir ini terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti bagi mencari pemenang yang akan bertemu Vietnam di final.

Indonesia berjaya memenangi sepakan penalti dengan keputusan 7-6 sekaligus melayakkan diri ke pentas final Piala Mandiri Asean B-23 2025.