Ali Olwan Peledak Baharu Al-Karma
MakanBola
Selangor FC

Bekas penyerang Selangor FC, Ali Olwan memilih kembali beraksi di rantau Timur Tengah.

Semakan di Transfermarkt mendapati beliau telah menyertai kelab Iraq Stars League, Al-Karma SC. Ali menyertai kelab itu pada 24 Julai lalu.

Perpindahan ini menamatkan desas-desus tentang destinasi baharu beliau selepas meninggalkan Selangor pada akhir musim 2024/25.

Ali menjadi sebahagian daripada tujuh pemain baharu yang direkrut Al-Karma. Beliau turut disertai rakan senegara yang juga bekas pemain tengah Al-Muharraq, Ibrahim Saadeh.

Sepanjang bersama Selangor pada musim 2024/25, Ali merekodkan 19 penampilan, empat gol dan satu bantuan gol.

Beliau turut membantu Merah Kuning meraih trofi MFL Challenge Cup dan bergelar naib juara Liga Super. Pencapaian itu membolehkan Selangor layak secara merit ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Ali menjadi bekas pemain import Selangor terbaru yang mendapat kelab selepas meninggalkan pasukan Lembah Klang itu.

Sebelum ini, Ronnie Fernandez memilih kembali ke Chile untuk menyertai CD Palestino. Hein Htet Aung pula menerima tawaran Yangon United.