Perlawanan Final di antara Indonesia dan Vietnam bakal dilengkapi VAR bagi memastikan kestabilan dan kelancaran.
Menurut pengumuman terbaharu dari ASEAN Football Federation (AFF) perlawanan akhir di antara Vietnam dan Indonesia bakal menggunakan teknologi Video Assistant Referee (VAR).
Indonesia yang menempah tiket ke final dengan menundukkan Thailand di peringkat separuh akhir kedua dengan keputusan 7-6 menerusi sepakan penalti.
Skuad Vietnam pula mengalahkan Filipina dengan keputusan jaringan 2-1 bagi memastikan tiket ke final pada aksi separuh akhir pertama.
Vietnam yang merupakan juara pada edisi terdahulu dianggap bakal menjadi pilihan juara buat kali kedua berturut-turut walaupun bermain di tempat lawan.
Indonesia yang mempunyai kelebihan dengan bermain di tempat sendiri bakal mendapat kekuatan dari ribuan penyokong yang bakal membanjiri perlawanan akhir tersebut.
Perlawanan akhir yang bakal berlangsung pada malam Selasa ini di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta bakal menyajikan aksi yang menarik bagi merebut kejuaraan tersebut.