Live: Undian Piala FA, Waktu & Siaran TV
MakanBola
Selangor FC

Saksikan undian Piala FA musim 2025-2026 secara langsung bagi mengetahui perjalanan 16 pasukan ini.

16 kelab termasuk juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi antara pasukan yang akan menghangatkan saingan bagi merebut kejuaraan Piala FA untuk musim 2025-2026.

Manakala 3 lagi pasukan dari Liga A1 Semi Pro turut dijemput bagi memeriahkan persaingan musim ini iaitu Bunga Raya FC, Malaysian University FT dan juga UM-Damansara FC.

Malah, 3 pendatang baharu di pentas Liga Super, Melaka FC, Imigresen FC dan DPMM FC melengkapkan senarai 16 kelab untuk merancakkan lagi saingan pemburuan trofi Piala FA.

Proses undian untuk musim kali ini menyaksikan kelab yang menduduki tempat pertama sehingga ke-8 Liga Super akan diundi di pusingan ke-16 Piala FA ini selaku pasukan seeded.

Sementara undian secara terbuka akan melibatkan dua kelab terbawah Liga Super musim lalu iaitu Negeri Sembilan dan Kelantan The Real Warriors diikuti 6 kelab yang disebut di atas.

Waktu & Siaran TV Undian Piala FA

Tarikh: 11 November 2024 (Isnin)
Masa: 8:30 Malam
Venue: MFL
Siaran Langsung: Astro Arena Bola & Youtube Astro Arena.