Ketua Jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi tidak berpuas hati dengan keputusan Selangor vs Asia Warriors pada petang kelmarin.
Katsuhito Kinoshi tampak bakal mengubah strategi permainan bagi mencipta banyak lagi peluang berbahaya untuk aksi pembukaan Liga Super iaitu Piala Sumbangsih yang akan berlangsung pada 8 Ogos depan.
Perlawanan itu turut menambah risau lagi apabila di bahagian serangan gagal menterjemahkan jaringan walaupun berdepan skuad lagenda dari seluruh Asia.
“Saya sangat tidak gembira. Kami perlu bekerja keras dan lebih serius dalam latihan.”
“Kami berdepan situasi sukar disebabkan pertukaran dan saya menggunakan kesemua pemain.”
“Ini situasi berbeza dengan perlawanan sebenar.”
“Tapi kami perlu (memperlihatkan) kemajuan sepanjang masa.”
“Dalam tempoh dua minggu, kami perlu tingkatkan aspek corak permainan serangan dan keazaman yang tinggi,” kata Katsuhito Kinoshi menurut laporan Stadium Astro.
Skuad Selangor bakal berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi aksi Piala Sumbangsih musim 2025-2026 di Stadium Sultan Ibrahim pada 8 Ogos 9 malam depan.