Kedah FA Rekrut Bekas Pemain Tengah Sri Pahang
MakanBola
OFFICIAL KEDAH FA

Skuad Kedah FA telah merekrut bekas pemain Tengah Sri Pahang bagi menghadapi saingan Liga A1 Semi-Pro musim ini.

Pengumuman rasmi Yakubu Abubakar ke saingan Liga A1 Semi-Pro telah diumumkan oleh kelab berkenaan di laman sesawang Instagram mereka.

Yakubu Abubakar merupakan import pertama skuad Kedah bagi menghadapi saingan liga tersebut yang bakal membuka tirai Ogos nanti.

Dia yang berusia 34 tahun tidak lagi asing dalam kancah bolasepak di Malaysia apabila pernah menyarung jersi skuad Sri Pahang pada musim 2021.

Kelab terbaharu yang diwakili Yakubu sebelum menyertai Kedah adalah Hidd SCC di Liga Premier Bahrain dan Yangon United FC yang berada di Myanmar National League pada musim 2022-2024.

Yakubu yang memulakan karier bolasepak di akademi bolasepak di Ghana dan Ashanti Gold SC dalam Liga Premier Ghana.

Dia mengembangkan kariernya di peringkat antarabangsa dengan beraksi di pelbagai kelab di Mesir, Bahrain, Myanmar, Laos dan India.

Dengan kehadiran Yakubu di bahagian tengah diharapkan dapat membantu skuad Kedah merebut peluang kejuaraan Liga A1 Semi-Pro musim 2025-2026.